Pembaca Setia

Selasa, Februari 01, 2011

Dunia Mesir Merusuh!!

quran bismillah

Rakyat Mesir Merusuh.
Salam kawan2 ku whatsup? k isu panas n memang wajib umat islam usha2 sal isu nie. kte tolak tepi dulu isu2 lain yang berlaku dalam negara seperti dun tenang (xtenang pon). Kalo korang bukan duk kt bawah batu, comform korang ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinanHosni Mubarak. haa jangan salah faham nie bkn hosni wakil rakyat tempat ak ek. kalo korang nk taw sal hosni nie post seterusnya ak akan kabo kat korang. k sambung blik, dari sumber2 yang x di comformkan lagi angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana masih tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia. k kat bawah nie de sedikit new yang ak bleh share kt korang
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

Klik dan baca, sumber Mus Lim



5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan Mintak tolong sebar berita ini di facebook, tweeter , yahoo messenger, email dll.

7. Bacaan berguna

Bagi yang xclear lg pe yang aku sampaikan nie bleh la rujuk yang pakar mengenai isu ini boleh baca beberapa link di bawah:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

p/s: untuk tatapan gambo aku akan post kemudian ek..selamat membaca..adios..salam

2 ulasan:

  1. 2 la riso gak ak ramai kawan2 ak kt sne..pe la nsib depe skarang nie..hope2 allah melindungi orang yang bermiman d jln NYA..amin

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.