Pembaca Setia

Ahad, Mac 29, 2009

nukilan dari ku..

Bismillahirahmanirrahim..

Dengan nama Allah kumulakan dengan nama Allah ku akhiri..
Moga segala yang baik itu jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan..
Hidup di zaman moden ini merupakan cabaran yang sangat2 mencabar dan menduga keimanan seseorang.. hanya orang yang kuat dan berpegang teguh dengan Al Quran dan Assunnah yang mampu mengharungi dugaan ini dengan tabahnya...

tapi sahabat2 ku,

segala cabaran dan dugaan yang datang adalah untuk mendidik hati dan jiwa kita serta melatih diri untuk mendekatkan diri kepada allah swt, serta mematangkan diri..walaupun kadang kala kita rasakan dugaan yang datang menduga terlalu berat dan tak termampu kita pikul, ingatlah sahabat2ku dengan firman allah yang berbunyi lebih kurang begini,

ALLAH tidak menguji seseorang itu kecuali dengan apa yang dia mampu..


sahabat2ku..

ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa..Jangan kita ingat hanya orang2 miskin yang akan diuji, tapi ingatlah orang yang kaya juga akan diuji tetapi ujiannya berbeza.. setiap orang pasti diuji tetapi setiap ujian berbeza2, hatta Rasulullah saw yang merupakan kekasih Allah juga di uji malah lebih berat ujiannya, apatah lagi kita hanya hamba yang biasa.

sahabat2 ku,

kuatkan diri kita dengan berpegang teguh dengan Al Quran dan Assunnah serta yakin lah setiap ujian dan dugaan yang datang hanyalah untuk menguji keimanan kita, jika kita tewas dengan ujian ini maka rugi lah kita, rugi di dunia dan akhirat..moga hidup kita sentiasa di bawah naungan rahmat dan hidayah Allah...

insyallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.